Monday, December 13, 2010

what i get from Manipal

let's talk about good things first.

1.oh my! campus manipal sgtlah besar.macam universiti betul compared dgn campus IMS yg satu bangunan saja.
2.they have a nice green field.of which where the LAgenda thing was held.the event was big.x tersangka pula sgt besar majlis tersebut ditambah2 dgn khemah yg sgt besar
3.persembahan rasa mcm kat malaysia pun ada .tarian cina siap dgn naga cina.tarian sabah sarawak etc.it was quite amazing.my batch mates were doing some tarian and dikir puteri from a song of noraniza idris.
4.i met some old friends from MRSM langkawi.It was very nice :D
5.saya naik unta !haha

now let's talk about bad things
1.gila penat naik titi.nasib baik x termuntah2 sbb b4 travel dah telan ubat.even on the way balik bangalore,nak ditakdirkan Allah uji dengan food poisoning pulak.terima kasih kat Faiz,pengurus rombongan yg susah payah cari ubat.Alhamdulillah dlm perjalanan ok.
2.pak cik titi asyik berhenti .sepatutnya sampai lg awal tp terbengkalai .jadi pagi ni saya sampai bangalore agak lewat.11 tgh hari lebih.kepala pun x brapa waras nak pergi kelas.adoi~~~rugi sungguh.rasa bersalah pun ada tp nk buat mcm mana.dah la mlm nnt ada dinner pulak dgn Encik Khai dari kedutaan(p/s=en.khai nyanyi sedap oo waktu lagenda hari tu).mcm nak skip je.
3.titi waktu on d way balik sgt sempit.kaki saya cramp sbb x boleh nak diluruskan.
4.oh ice cream pak cik tepi pantai x sedap lgsg.
5.tgh jalan kt tepi pantai x sedar ada 2 ekor anjing asyik ikut.nyaris aje.pantai dia ramai org sgt.
6.on the way nk pergi pak cik titi bawak laju gila sampai brek hangus.tgh kt dlm hutan,line telefon pun xde.afterwards punya journey dia bwk slow2.itu pun setelah nyaris terbabas atas jalan yg bersimpang siur mcm dkt cameron highland.mujur malaikat tepis sikit.Alhamdulillah selamat

7.dari segi ilmiahnya saya sedih sebab sikit pun x dapat apa2.ingt nk pergi masuk muzium anat manipal tp x sempat.in the end penat je dpt.tp kurang2 saya praktis tayamum dan sembahyang dlm kenderaan.

konklusi:Allah bagi saya byk pengajaran sepanjang saya bermusafir ke manipal:D

Monday, December 6, 2010

1432H

Salam Maal Hijrah

moga kehidupan kita pada tahun baru ini sentiasa diberkati dan diredhai Allah s.w.t :D

Thursday, December 2, 2010

..

Allah sudah beri cukup banyak nikmat untuk disyukuri,

sikit pun aku x layak untuk berkelakuan begini,

ayuh,bangkitlah wahai hati,

carilah kebahagiaan dan pengertian hidup yang hakiki.

Tuesday, November 30, 2010

hakikat kehidupan

i love to play with my niece and nephew.it feels like i don't have any problem at all. i just PlaY.how i miss of being a little child .i don't have to be myself yang serius,and keep worrying over things.they make me feel special.we laugh and scream together.
isn't it nice to have someone that makes you feel special?



Saturday, November 13, 2010



pandangan hati itu lebih hakiki.
kalau hati itu bersih.

Friday, November 12, 2010

-nil-

saya dengan ini ingin merasmikan zaman malas menulis kat blog

sekian.

harap semangat rajen dtg balik kat sini.

too much thinking and is having a very complicated life.

Wednesday, October 27, 2010

takut?

hari ini saya viva microb.stress pagi2 bgn.haha.nasib baik lecturer agak baik.keluar2 rasa mcm merdeka !

setiap kali kita sebagai manusia selalu takut kalau exam .tp sebenarnya takut itu hanya pada Allah yg satu.byk hal2 dunia kita semua takut.takut hantulah etc.
tp berapa ramai yg fikir setiap action (dlm kehidupan seharian) yg dibuat salah atau tidak dan kalau salah takutkah kita dengan Allah?bendanya mmg nmpak kecil sbb kita manusia zaman sekarang iman tak setebal mana.

saya tahu saya baca quran tak faham.sebab itu saya tgh cuba baca tafsir .moga Allah beri kefahaman dan hidayah terhadap usaha saya.dalam Al-quran banyak kali Allah pesan kalau buat benda yg x mematuhi perintah Allah ,besar azabnya.tapi Allah Maha Adil dan Penyayang.kalau kita selalu ingatkan Dia,buat benda simple2 as ikut perintahNya rahmat Ilahi dan nikmat syurga menanti di depan mata.

benda2 mcm ini zaman sekarang sesetengah org pandang sebelah mata.sibuk urusan dunia kadang2 sampai x terfikir pun.kawan2 ,bukalah sikit pintu hati kita .kalau kita cuba mendekati Allah satu meter ,Allah akan lebih dekat lagi sedepa. bukankah lebih baik kalau kita maju,bijak bestari dan iman kita juga sederap melangkah kehadapan.biar seiring :D
kan lebih bagus.
x tahu x apa.saya pun x tahu.
di situ ertinya mencari dan berusaha.

2nd year ini penuh cabaran mental.assignment muncul saban minggu.viva patho juga.
cuma aku mohon Ya Allah permudahkanlah urusanku dan berkatilah ia agar aku jadi pelajar serta bakal doktor yang cemerlang dunia akhirat.

Sunday, October 17, 2010

to finish not even 1/2 of the nasi ,was something very difficult.

the food feels like it does not want to go inside.
last time ,i refuse to eat much because of what so called 'diet'
and this time it's the food that refuse.

so ,i am hereby would like to give a piece of advice here.

Allah bagi nikmat makan tu makan je la.
kalau rasa sedap syukurlah banyak2.
takyah pikir diet ke apa.baik pegi exercise.

p/s: those stupid diet plan was due to excessive increase of weight .resulted from too much eating during hari raya season.tu la ,ikut nafsu makan lagi
insaf2

Saturday, October 16, 2010

masih belum baik.and now
my hidung tersumbat.
selesema.

just balik dari hospital ramaiah dgn epit dan ain.terima kasih ye korang.
alhamdulillah setakat ni doktor cakap takde sakit teruk2.dan saya mintak kalau boleh saya tak nak lah sakit teruk2.nnt kena skip byk pulak kelas.

and amazingly saya jumpa doktor malaysia.muka pun macam local.memang x boleh beza.siap cakap kedah lagi.

btw,doakan saya cepat sembuh.

Thursday, October 14, 2010

..

demam.

batuk.

selesema.

not in a very good state to study.

at all.

and i am very sad.

i'm lost in pathology tutorial.i can't concemtrate.ikutkan hati nak je ponteng.tapi sebab nak selamatkan attendance.esok lusa nak kena buat rp ponteng lagi.in terms of rp disebabkzn keegoan manusia rp 17 org dah tertunggak seminggu .tak tau la apa nk jadi bila pergi police commissioner.

kadang2 kita terpaksa ikut rentak dunia yang belum tentu mengikut kemahuan kita.
Allah knows best.
jadi mampu bertawakal sahaja setakat ini.

p/s= i want my mak and abah

Sunday, October 3, 2010

berdepan hari mendatang

semalam aku selamat sampai di India.Alhamdulillah.walaupun ia tak sebest mana tapi di sinilah aku menuntut ilmu .apatah lagi setiap ketentuan Allah itu ada hikmahnya.

setahun pengajian perubatan aku sudah pun tamat dan kini aku melangkah ke tahun kedua.Semoga Allah s.w.t memudahkan urusan pembelajaranku dan diterangkan hati agar mudah menerima dan memahami ilmu.

tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.

belajar sampai bila pun x akan habis tapi untuk apa kita belajar itu sebenarnya yang penting.
apa pun tujuan kita, pengakhirannya adalah untuk mencari keredhaan Allah s.w.t . kerana itulah makna penghidupan kita di muka bumi ini.

moga-moga kita tidak terbelit dengan suasana dunia hari ini hingga lupa akan kepercayaan kita.

azam saya untuk tahun ke-2 saya di sini,saya ingin belajar baik2.rajin beramal ibadat.hidup ceria :D



"Ingatlah Allah ketika waktu lapang dan senang maka Allah akan mengingati kita waktu sempit dan susah "

Tuesday, September 28, 2010

A is for Allah

jagalah sembahyang elok-elok.
sebab dunia sekarang ni semua orang duk pikir nak kejar dunia - abah

Saturday, September 4, 2010

Ramadhan 2010

sudah hampir dua minggu aku di rumah.
melalui setiap hari dengan sedikit kurang disiplin.

bila tiba petang sibuk tolong mak dkt dapur .siapkan masakan berbuka dan tolong abah siapkan juadah berbuka di masjid.abah memang tak berapa sihat tapi cukup semangat nak buat kenduri dekat masjid.setiap hari.aku lihat betapa abah sanggup bersusah payah buat itu dan ini.Abah mengajar aku erti berkorban demi orang lain.

tarawikh tahun ini aku tidak ke masjid.abangku yang baru tamat 8 tahun pengajian tahfiznya menjadi imam di rumah.tapi aku ini malas melampau nak jemaah .memang nak ketuk je kepala sendiri.sebab kadang2 perangai tak baik aku ni muncul. memang dah kena marah dah tapi aku ini degil.aku ini memang memalukan.

hal yang sedemikian rupa buat aku terfikir.aku ini sudah 20 tahun.sudah 20 kali aku bertemu ramadhan.ok tolak belum mumaiyyiz (-7) 13 kali.

agak2 selain daripada kita pergi tarawikh apa ertinya Ramadhan?
apakah bezanya bulan ini dalam hidup kita berbanding bulan2 lain.Iya ,bulan ramadhan bulan berkat,tapi apa yang telah kita lakukan sepanjang 13 kali kita bertemu ramadhan.

pejam celik pejam celik kita sudah hampir ke penghujung ramadhan tahun ini.tapi entah berapa banyak amalan kita .sembahyang tahajud?khatam al-quran?lailatul qadar?

Ya Allah ,berikan aku kefahaman agama .agar aku bisa berkobar-kobar melakukan dan mengejar ini semua .mengejar rahmat dan kasihmu Ya Tuhan.

Monday, August 23, 2010

alhamdulillah

result final dah keluar hari ini.tahniah diucapkan kepada rakan-rakan yg berjaya :D

saya juga di sini ingin mengucapkan rasa syukur ke hadrat ilahi atas result yang Allah bagi.
juga kepada mak ayah saya yang selalu doakan saya.

tapi perjalanan masih panjang di hadapan.

tapi kita berehat sebentar raya.haha

ok.sudah harus mula mengemas.doakan saya selamat pulang

Saturday, August 21, 2010

Hati pengarang jantung

assalamualaikum.

hah ,hal yang satu ini memang membingungkan saya dari dulu.bahasa melayu hati itu maksudnya dlm english liver. tapi direfer kepada heart ataupun jantung.hmmmmm.tapi saya rasa memang ada korelasinya kerana hati itu enjin utama jiwa kita.

bukan otak.

sebab otak hanya mampu memberi jawapan yang logik dan tak lebih dari itu.

maka di sini memang amat ternyata benarnya salah satu hadis Rasulallah s.a.w .
dalam badan kita ini ada seketul daging .jikalau baik ia,baiklah tubuh badan serta jiwa pemiliknya dan vice versa.dan seketul daging itu bernama hati.

hati yang bersih lambang ketenangan jiwa.
hati baik,jiwa pun baik.ceria je memanjang.takdenye stress nih.jadi takde sakit jantung.kan?kan?

di bulan ramadhan ini marilah kita sama2 membersihkan hati kita yang satu ini.(kalau takde hati(refer kepada both hati dan jantung)memang tak lama lah kita kat dunia ni.takde buah pinggang sebelah boleh hidup lagi insyaallah(minta dijauhkan).wallahualam.

sebenarnya tujuan saya tertulis bab hati ini sebab saya nak ingtkan jgn cepat buat buat keputusan melulu.kita kena sentiasa berbaik sangka dengan orang.puncanya saya tertidur tadi.sebelum itu,saya ada satu pemikiran yang kurang baik.atau erti kata lain salah sangka.jadi saya termimpi.hampir2 saya ingtkan mimpi tersebut betul.memang mau menangis saya.pemikiran saya yang awal tadi memang menyebabkan saya menyesal tak sudah dalam mimpi tersebut.usai saja saya terbangun ,saya bersyukur sebab ia hanya sebuah mimpi.mujur Allah ingatkan saya .

jangan terlampau cepat membuat prasangka terhadap orang lain.

dia maacam tu , dia macam ni.tak baik macam tuh.
aku macam ini,itu.kenapa dia buat itu ini.
ah,sibuklah dia ni.
dan etc.

kan nanti banyak salah faham yang berlaku.masalah yang tak ada pun boleh ada.nanti hati kita banyak titik -titik hitam.jadi ni salah satu langkah untuk bersihkan hati. :D

kadang2 saya pun terbuat jgk tapi kita harus sentiasa belajar dari kesilapan.
pelajaran ini tak akan diajar kat mana2 sekolah pun dkt dunia .kita kena belajar dengan pengalaman hidup sendiri.


ayuh,mari jaga hati.

p/s=salah faham itu memang merugikan manusia

Thursday, August 19, 2010

~

sometimes i just worry too much.

Saturday, August 14, 2010

-Berlarilah tanpa lelah sampai engkau meraihnya-

Assalamualaikum dan salam al-mubarak.

Sudah lama tangan ini tidak mengetuk kekunci –kekunci komputer untuk menaip
Asalnya satu jam yang lepas memang sudah ingin saya post coretan ini tapi apakan daya di India ni asyik black out je memanjang.sekali black out sejam.satu hari dekat 4/5 kali.hari ni hari kemerdekaan india pun black out .aiya.saya pun tarak faham .satu Bandar pulak tuh

Nak kata negara besar sangat negara2 eropah tuh besar jugak tp tak lah black out pun.sabar je la bulan2 puasa ni.cubaan~~

Hah ok,dah ada elektrik.

Sepanjang sejak dari post saya yang lepas ,banyak benda telah berlalu

1. accidentally saya pun tak tahu macam mana lah saya tercalon jadi ahli kelab imsa.(untuk pengetahuan mcm badan wakil pelajar).saya bagi manifesto,mengundi,macam tak percaya pun ada.haha.tup,tup dah jadi ahli.siap biro akademik lagi.ngeee~~

2. cakap pasal akademik.hari tuh bulan 7 dah habis dah third IA.2 minggu lepas tuh exam final.dah abes jgk.tengah tinggal exam praktikal.tu la punca bermalasan nih.syuh2.Si pemalas memang suka betul mengacau orang .

sedar la diri exam tak abes lagi.haih.exam teori ada tiga subjek.anatomy ,physiology,biochemistry.ok tapi physio tuh macam tak berapa puas hati sikit.tak puas hati?errr ye la .kalau boleh saya nak dapatkan yang terbaik.Ayah saya kata kalau kita buat sesuatu kita mesti buat yang terbaik.

Kadang-kadang perangai buruk saya saya selalu terlebih risau.macam kalau jadi itu,ini.tapi kawan baik saya ingatkan rezeki tu Allah yang tentukan.

“kalau Dia nak bagi tuh dia boleh bagi.kita dah usaha.serahkan semua benda dekat Dia .jangan stress.tak baik.”-Ain kamaruzzaman .trimas :D

>>>>>>>lepas tuh kitaorang pergi jalan2 dekat mantri mall.haha.sampai penat sebab jalan.balik tuh saya tak rehat lagi.teruskan misi buat kek dekat Liza. Yes,Alhamdulillah jadi.HAPPY BIRTHDAY LIZA..



3. sepanjang lepas saya balik dari india ,memang saya tak jalan mana2 langsung sampailah hari tuh seminggu sebelum final.naik auto.tengok sekeliling.barulah terasa betapa macam baru keluar dari bwah tempurung.ye lah selama nih setiap hari pagi bangun pergi library,balik petang duduk rumah sambung baca buku balik buat itu ini sikit.lepas tuh tidur.dua bulan lebih buat benda yang sama.astaghfirullah .

memang tak terasa langsung masa yang teralu pantas berlalu.


4. Dan juga hari tuh saya tertonton sebuah cerita.bukan sebuah cerita biasa tapi cerita tentang seorang insan yang begitu bersusah payah untuk belajar.saya rasa semua patut tengok untuk pengajaran.tajuknya Laskar Pelangi.

caption kat atas jugak adalah daripada filem tersebut .kalau kita punya cita-cita,kejarlah ia sampai kita dapat.cerita tersebut memang membakar semangat saya yang hampir bengkok akibat tipu daya licik Si pemalas.


Saya rasa sampai di sini saja.sampai kita ketemu lagi.

p/s :saya balik Malaysia minggu depan.:)yes.sebulan

Saturday, May 8, 2010

emak

hari ni status facebook penuh dengan post ucapan selamat hari ibu.sebab hari ini hari ibu.tapi abah saya ajar saya hari2 adalah hari ibu.hari-hari kita kena hargai ibu kita.saya panggil ibu saya mak.

****

bukan senang nak lahirkan dan besarkan 11 orang anak.
Sakitnya tak tertanggung.
tapi emak tempuhi semua itu.11 kali.


walaupun tak banyak yang saya ingat apatah lagi waktu belum mumaiyyiz tapi dulu kecik2,

mak selalu suapkan saya makan.lepas itu saya pergi lari main balik.lepas tuh datang balik.hahah
kalau saya demam,"noin ,mai makan ubat nih"
kadang-kadang abah selalu kerja lama-lama.jadi,saya selalu tidur dengan emak saya.
saya berebut dengan adik saya siapa nak tidur sebelah mak.
mak mandikan saya,sikat rambut,pakai bedak ,pakaikan baju cantik2.
sebab saya adik perempuan lepas 4 orang abang ,memang saya banyak baju cantik2.
tapi setiap kali pakai pun saya akan kotorkan lepas pergi main.ish2

waktu sekolah,tiap-tiap pagi mak siapkan saya bekal makanan.dari darjah satu sampai tingkatan 3.tingkatan 4 saya dah masuk asrama.mak tak pernah gagal bangun awal pagi untuk siapkan sarapan yang sedap :)

baju sekolah saya,baju raya saya semua emak yang jahit sendiri.lepas spm dulu saya belajar dengan mak nak buat baju kurung .baru saya tahu betapa susahnya.tapi mak buat selama 20 tahun. bukan setakat untuk saya seorang tapi untuk semua adik beradik yang lain . mak sikit pun tak mengeluh.

emak selalu dahulukan kami semua dalam segala hal.
emak tak ada barang kemasl macam emak2 orang lain.dulu saya tanya kenapa.mak cakap
"tak payahlah nak beli .baik simpan duit.nanti kalau nak beli buku sekolah senang"

....mak.....

mak,
terima kasih
sebab mengandungkan saya selama 9 bulan
melahirkan saya,
menyusukan saya ,
membesarkan saya sampai 20 tahun,
masakkan makanan yang sedap2,
jahitkan baju yg cantik2,
sabar dengan saya walaupun kadang2 saya degil,tak ikut cakap mak,
selalu semak kerja sekolah saya,
baca karangan saya,
tolong saya mintak izin daripada abah,
dengar saya cerita itu ini dekat telefon,
dengar masalah saya,
senyum dekat saya setiap kali saya balik sekolah,
dan
selalu doakan saya.

mak,terima kasih banyak-banyak.
tak ada satu pun benda dekat dunia ni yang boleh balas semua jasa mak.

mak,noin sayang mak.
...abah juga:D

Thursday, May 6, 2010

abc

i did not realize my right hand writing had become so.... not neat.
i try with my left hand but the skill is just like a 7 years of child .
rasa macam darjah 1.
poor me hahaha.
no good.no good.

Tuesday, May 4, 2010

jiwa yang kering kontang

memang minggu nih apa lah tak kena .
semangat whoosh pergi mana entah.
bak mcm kata farah izrin,lemau.
bila saya tak semangat,hati saya tak gembira.(ish tak bagus nih,nnt supress hormone ,tak awet muda .TIDAK !!)
tapi kan mana taknya saya mmg letih gila kelas dissection.
selama previous 4 or 5 kelas ,mmg berdiri straight 2 jam.mana taknya dah penuh gila meja dissect tuh.tak berdiri nnt tak dgr pulak lecture cakap apa.adesh.hari nih mmg saya off limit.rasa mcm nak pengsan dah.dengan panasnya lg. (for record,selama ini saya punya sistem badan masih berjaya selamatkan kewarasan akal fikiran dari pengsan.ya,saya tak pernah pengsan dan tak nak .*alhamdulillah)


kalau "ke-tidak-semangat-an" saya ini sebab saya ada buat salah dengan sesiapa secara langsung atau tak(ye lah kan kot2 kalau ada orang kecik hati ke,marah ke )saya merendah diri menyusun 10 jari minta maaf banyak2.kesiankanlah aku .~~

ahh,lupakan semua cerita2 depress nih.
flight balik Malaysia Jumaat depan.
Yahoo!

Sunday, May 2, 2010

pembaziran

ish,semalam sia-sia betul.
banyak buang masa.buat benda tak berfaedah.
tak study.argh!! :(
apa nak jadi nih.
mana semangat.
woo~~

Friday, April 30, 2010

Pagi

kepada saudara Naufal yg dihormati,

anda tanya saya bagaimana tak nak tidur balik lepas subuh :D
sebenarnya saya pun tak ada sebarang jawapan untuk anda kerana jawapan tersebut ada pada diri anda sendiri.hahaha

nak tahu kenapa ?
sebab hanya anda sendiri sahaja yang tahu kemampuan dan kehendak diri sendiri.bukan kawan anda ,adik,abang etc.
cuma apa yang anda perlukan semangat dan azam yg tinggi.semua orang ada bahan bakar masing-masing tapi tak ramai yang ada pembakar apinya sekali.belajarlah mengenali diri sendiri dan cari pembakar semangat anda.

pilihan untuk berubah ada di tangan kita.

"Allah s.w.t takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri"

:: nak tidur balik ke tak?
:: nak beli kasut warna hijau ke merah ?
:: nak tolong kawan yang tgh ada masalah walaupun kita pun ada masalah ke tak?
:: nak baca buku ke nak on9?
:: nak pergi kelas ke tak?hhahaha

sometimes we may hesitate in making choices .if we make the wrong decision we regret it afterwards.but that is what life for.doing mistakes and learn from it.

belajar membuat pilihan sama seperti belajar mengenal erti kehidupan.
walaupun begitu, kadang-kadang kita tahu pilihan mana yang lebih baik tapi sengaja pilih yang tak berapa baik .contohnya study itu tentunya lebih baik daripada berfoya-foya dengan intrnet tapi tetap kita pilih on9 daripada study.masalah ini akar umbinya daripada sifat malas.ini bab lainlah pula.
still kita masih punya pilihan.cuma di tahap mana kita kuat untuk membuat pilihan :D
Ayuh ,berubah.

kita mungkin tak berjaya nak berubah sekelip mata.
but Rome was not built in a day.
Thomas Edison hanya berjaya mencipta mentol lampu setelah mencuba 999 kali.beliau bukan gagal sebanyak 999 kali tapi menjumpai 999 cara yang tidak sepatutnya beliau lakukan untuk untuk mencipta mentol.

keep trying.
well,it does not hurt you.

p/s= post ini dengan jayanya di tulis pada waktu pagi since saya tak tidur.Alhamdulillah.

Psgi sebenarnya sangat indah :D

Wednesday, April 28, 2010

Tekanan

Apakah mesej Allah di sebalik tekanan yang kita hadapi?

hidup penuh dengan tekanan.okay bercakap secara positif taklah penuh tapi hari2 paling sikit pun kita mesti punya fikiran yang berkecamuk .itulah inilah
tertekan sebab exam final dah nak dekat dan banyak benda perlu diulangkaji.
bacaan bab yg tgh belajar byk on the waiting list.
nak revise yg lepas2 lagilah berderet-deret.
minggu ni memang kepala saya sedikit runsing hinggakan nak beli kasut pun jadi masalah besar (itu gara2 pak cik kedai yg sgt rude.sumpah saya takkan beli kasut kat sini dah.balik Malaysia saya nak beli kasut byk2 siap-siap buat simpanan)


saya tengah cuba menjadikan hidup saya hari ini lebih baik dari semalam.saya gembira sekurang-kurangnya minggu ini saya tak tidur balik lepas subuh.Rasulallah s.w.t doa "berkatilah umatku di waktu pagi"
saya nak hidup saya diberkati.murah rezeki .insyaallah.
dulu saya tak ada tabiat buruk nih.tapi since masuk asrama pengaruh rakan sebaya punya pasal.nge~~~
saya insaf .huk huk..

saya harus segera menyiapkan tutorial anatomy.akhirnya dengan sedikit ketenangan.

{ sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang }

Thursday, April 22, 2010

My father

semalam hari lahir ayah saya.He is so happy to receive my call.
"kalau noin ada kat rumah mesti buat kek.orang lain siapa pun tak ingat,hah tapi kak riza kata dia nak buat kek esok"
dalam keluarga saya menyambut hari lahir bukanlah satu budaya.saya yang membudayakannya.kalau saya ada di rumah memang saya buatkan kek untuk abah.
tahun nih abah saya dah bertambah umur .
"siapa cakap abah tua ?muda lagi ni hah "
abah dah 63 tahun.tapi abah sentiasa ceria .
saya selalu takut abah akan pergi meniggalkan saya .tapi sebelum saya terbang jauh datang sini abah pesan kat saya
"kalau abah mati jangan teriak.jangan duk kalut2 nak balik.nanti kat akhirat boleh jumpa balik.toksah sedih2.pastu nanti abah boleh panggil noin oo noin"

abah ,masih lagi bisa berbuat gurau.

sudah 20 tahun abah besarkan saya.
abah azankan di telinga saya masa saya dilahirkan.
abah kerja kuat untuk cari rezeki .nak besarkan kakak,abang,saya dan adik2 sampai abah pernah accident .tulang tibia abah retak.doktor letak besi dalam kaki abah untuk sokongan.waktu itu aku masih hingusan.
"mak ,kenapa abah pakai tongkat?"
kadang2 aku teman mak pergi hospital.
di rumah abah terbaring berbulan2 sebelum sihat.

dulu mak kata abah garang.tapi bila lahir saya dan adik2 abah dah tak berapa garang.abang dan kakak saya selalu tak puas hati sebab saya dan adik2 jarang kena marah.tapi kadang2 abah marah juga dengan saya .
sebab kalau abah suruh saya buat kerja saya selalu nak lari dan buat muka masam.
abah sangat berdisiplin kat rumah.
abah marah kalau saya tidur pagi.abah suruh sapu sampah.
abah marah kalau saya selalu tengok tv.abah suruh baca buku.
abah marah kalau saya beli keropok.sebab abah kata nanti tuh benda merapu.membazir duit.
saya marahkan abah saya .tapi
waktu saya menangis kena buli dengan abang dan kakak saya,abah selalu pujuk saya.
abah tak pernah tak datang tengok saya naik pentas ambil hadiah.
kalau saya tertinggal bekal makanan waktu rehat abah hantarkan.
abah selalu tahu apa yang terbaik untuk saya.kalau orang lain rapat dengan mak mereka saya rapat dengan abah saya.
kadang2 saya even rasa abah boleh dengar saya pikir apa.
abah memang cakap exactly seperti yang saya fikir.

abah saya bukan orang kaya.abah saya tak dapat nk beri kehidupan yang mewah.
tapi abah bagai didikan yang sempurna.abah didik saya dengan agama,dengan disiplin.
saya bersyukur Allah bagi abah sebagai seorang ayah kepada saya.juga mak yang mengandungkan saya ,melahirkan saya dengan susah payah ,menyusukan saya dan membesarkan saya sampai sekarang :D
kalau bukan sebab mereka,saya tak tahu siapa saya pada hari ini.

Happy birthday abah.


"Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil"
Ameen.

Monday, April 19, 2010

@-@

my head goes pening2 already bila dah banyak sangat lukis .colour .label.anatomy.

and my hand is in pain too.ouch.tangan cepatlah sembuh.dah lama aku tunggu.

luka jatuh main basket still dalam process recovery.i expect full recovery in at least one week tapi maybe i'm lack of vitamin c or collagen or protein or mungkin luka tuh yang besar sangat.

luka kat kaki seminggu pun belum tentu sembuh.luka di hati ?
cis,bait2 puisi telah memunculkan diri
makanya harus saya berundur menyiapkan saki baki lukisan saya itu.

Friday, April 16, 2010

To day

semalam saya sangat stress prepare mcq.
even in the morning it does not fly away.

but then semasa nak lunch(which is capathi..since i'm in india ~)saya terasa sangat nak melarikan diri dari buku.well then saya tinggalkan buku2 saya kat library ,take my money and lalalala~ jalan ala2 gaya shopping dengan happynya (sekadar parabola ye sebab saya on the way nak pergi cafe hospital je).

saya bayangkan oh indahnya hidup ini.you can breathe in the air.
saya teringatkan mak ayah saya.oh saya rindu mereka.
saya rasa nak makan aiskrim.oh sedapnya.
mcq? tawakal .lalala :D

the power of imagination.

lepas tuh entah dari mana datang semangat .berkobar2 nak jawab mcq haha
walaupun waktu jawab rasa macam susah alhamdulillah .
Allah bantu saya .
Terima kasih Allah.

Saturday, April 10, 2010

The two story

cerita pertama

hanya sebagai rekod terhadap apa yang saya dengar semalam.sementara saya masih ingat.
we are bound to forget don't we?
saya cuma ingin sekali berkongsi dan membuat catatan terhadap tazkirah yang saya dengar semlam daripada saudara tuan mohd ridhwan(or due')-minta maaflahlah kalau silap eja nama beliau ye....

::kitaran bodoh
tanpa kita sedari ramai di antara kita telah termasuk dalam kitaran bodoh .apa yang dikatakan kitaran bodoh ini?

Kes 1.
J( bukan nama sebenar) seorang yang berjaya .setiap hari dia bangun pagi pergi kerja malam balik tidur esok pergi kerja balik.dia kerja kuat2 sebab dia nak simpan duit beli kereta agar dia senang pergi kerja.bila dah dapat kereta dia bercita-cita nak beli rumah besar2 supaya nanti dia dapat rehat dengan selesa dan pergi kerja dengan baik.lepas dah beli rumah dia kerja kuat lagi sebab dia nak simpan duit nanti dah pencen duit banyak.senang.dia kerja,kerja dan kerja.

Kes 2.
pak m seorang nelayan.tangkapan dia cukup sekadar untuk sedikit wang jualan dan juadah untuk keluarga dia.dia keluar ke laut 3 jam sehari.lepas pulang dia gembira kerana dapat menghabiskan masa untuk keluarga dan melihat anak2nya bermain.suatu hari pak b memberi cadangan supaya mereka ke laut lebih lama agar dapat tangkapan yang lebih.kemudian duit yang lebih.lepas itu boleh beli bot baru .dapat pergi lebih jauh dan boleh dapat banyak ikan dan duit lagi.bila duit dah makin banyak boleh upah orang dan dapat bersenang lenang di rumah.tapi pak m tak mahu .katanya buat apa nak korbankan kebahagiaan yang dia ada untuk kejar kebahagiaan dan keselesaan yang belum tentu dia dapat

kes 3
seorang ayah seperti kes 1 mewariskan atau berpesan kepada anaknya supaya melakukan hal yang sama.

ada 3 jenis kitaran bodoh seperti yang di atas.
pertama=seperti encik J yang hidupnya hanya untuk kerja
kedua =seperti pak m yang cepat berpuas hati dengan kesenangan yang ada dan pak b yang terlampau berangan besar tapi tak membawa sebarang sumbangan kepada masyarakat .
ketiga=orang yang mewariskan kitaran bodoh kepada orang lain.

fikir2 lah di mana kita dan selamatkanlah diri dari kitaran bodoh ini.
renung2kan kembali untuk apa kehidupan kita ini :D


ok..................................................................



cerita kedua
hari nih saya main basketball.dah lama benar rasanya x main.rasa macam malas pun ada .tapi disebabkan betapa semangatnya ahli2 group saya,saya terfikir sekurang-kurangnya kalau saya malas untuk main ,mainlah untuk kawan2 saya yang lain.
saya berbangga saya dapat berbuat sedemikian rupa hahaha.

you are all my first sports team nabby,murni,didie,nada,jo,nabilah huda :)
and i am very happy enough to play with all of you guys.
congratulations semua untuk volley,futsal,basket !!!

seingat saya, saya main sukan2 yang berteam nih masa dekat tadika.bawak bola ping pong dalam sudu .oh dan juga main puppet.saya jadi arnab.lepas tuh seingat saya saya tak pernah nak masuk2 match basket.ada je excuse yang saya berjaya buat.waktu lepas upsr dulu saya ckp saya x nak main sebab saya nak baca novel,nak belajar main alat apa entah x ingat nama,puasa,x sihat,tolong cikgu haha.

waktu kat lower form saya masuk pbsm (kononnya).jadi x payah main
upper form ,saya ponteng practice sebab saya tak suka nak panjat tangga bukit yang kalau start dgn kaki kanan ,kita keep guna kaki kanan untuk each step.jadi saya berjaya untuk tak dipilih.
saya pun tak tahu kenapa saya selalu avoid.
i'm not doing it purposely tapi outline yang saya buat memang sangat kebetulan.
agaknya saya tak berapa reti main and takut kalah kowt...haha
tapi rupanya bukan saya tak reti main sangat(tima kasih pak syed-cikgu pj yang ajar saya main basket).
alasan je suma tuh.hahaha....

and saya terluka dekat lutut masa main tadi .terkenang pula masa kecik 2 dulu kita semua selalu jatuh and luka dekat lutut kan?.lepas tuh mak marah2 sebab sambil letak ubat.kita pula terjerit2 "mak,sakit..sakit"
oh rindunya ....


p/s=peringatan mcq hari jumaat nih.

Wednesday, April 7, 2010

jawapan kepada persoalan

sesiapa yang ingin memahami persoalan yang saya timbulkan,sila klik di sini
semoga kita sama-sama memahami erti kehidupan :D

http://muhammadqyairilanwarchezainol.blogspot.com
plate 35

Azam

ini cerita berkenaan keazaman bukan berkenaan sesiapa yang bernama Azam :P

dean uni saya ,datuk ghani hari ini datang memberi amaran supaya tidak proxy-memproxy kehadiran masing2.huhuhu
ada sesiapa yang tak tahu proxy itu apa?
oh,meniru tandatangan orang lain dan mengisi kehadiran .
kerana nila setitik rosak susu sebelanga.habis semua orang kena marah.
wooo~
tapi rosaknya susu tersebut memberi peringatan kepada saya supaya tidak melakukan perkara yang sama iaitu ponteng-memonteng.

selanjutnya giliran Dr.sudha,associate dean.saya tidak kisah pada mulanya sebab saya belum pernah berkecimpung dalam aktiviti proxy ini tapi ayat beliau yang satu ini memang memberi stimulasi kepada prefrontal lobe cerebrum saya.

"you must remember,you are in a professional course.you really need to keep a good attitude.since you still have time to do extracurricular activity,i don't think you are tired and stressful enough to skip classes.you must study hard .aim for good result.if not it will affect your job prospective.no one was going to hire a doctor who got c-"

jadi ,kiranya tak ada pilihan lain. macam mana sekali pun kita kena berusaha untuk dapat result yang bagus .tapi rezeki masih di tangan Allah s.w.t.Tawakal.

oh,saudara Q.A,berhubung post di blog anda,anggaplah saya komen dari sini .hahaha
kadang2 saya terfikir kenapa profession doktor ini seolah-olah tidak memberi peluang untuk menikmati kehidupan .(menikmati kehidupan tu bagaimana ya ?)all we did is study and study.macam tak ada pilihan.sedangkan in the future we are the one yang tolong orang.Orang yang menolong orang pun tak tertolong diri sendiri.tapi rasanya itulah pengorbanan kan .ganjaran pahala pasti menanti kelak.Insyaallah.

quoting dr.puthuraya "to lead a happy life,have more contentment instead of desire"

oh ,azam saya .dah tertunai.hari ini saya balik rumah dengan tangan tertulis
-go home and throw away your movie-
dan berjaya.
tapi encik tv tak dapat dimusnahkan.hmmm buat2 tak nampaklah.kalau dah boring gila baru cari.
langkah mengcegah langha.

selamat belajar:D

Monday, April 5, 2010

Yang digelar student

semalam haru biru saya siapkan assignment anatomy.ingatkan kena hantar 16 april tapi 6 april.itulah entah berangan apa entah waktu tengok notice board.saya dengan selambanya buat assignment physio which kena antar later.adui.
tapi baiknya sekarang taklah kalut sangat nak siapkan physio.

lukisan anatomy ada 15 diagram yg penuh dengan urat saraf.(kelakarlah pulak sebab guna nih,selalu nerve je memanjang hahahaha......)
dah nama pun head n neck .redha je la.

minggu depan MCQ!!
dah lama x berexam.asyik lagha dengan movie ,tv,makan2,jalan2 etc.
saya mmg kena bermusuh dengan tv mulai sekarang.
lecture follow tapi balik x revise .satu lg masalah yg berpunca daripada lagha .
nak exam minggu depan kan dah kena baca banyak.
huish..Alhamdulillah insaf sekarang.
sempat lagi nak catch up nih kalau x buang masa .insyaallah.

bertambah banyak ilmu yang kita dapat ,bertambahlah juga kejahilan kita.saya tak ingat siapa yang cakap (Imam Syafie?Ghazali ?),tapi lebih kurang macam nilah apa yang saya rasa sekarang.
rasa macam tak tahu semua benda pun ada.huhuhu.
takpe,berusaha tuntut ilmu :D



p/s=saya terlupa nak telefon rumah huhu weekend lepas.rasa macam lamaaaaaaa gila.
abah angkat pun "lama x dengar cerita?exam ka?"
waaaaaaaaa
mintak ampun abah.
lepas nih kalau boleh hari2 saya telefon :D

Friday, April 2, 2010

negara bbq

saya pergi makan dekat bbq nation.
dah ter ter ter lebih sangat makan
ini semua angkara syakirah...hahaha
ayam bbq,udang,ketam semua ada .mari2
tapi malangnya saya tak boleh makan udang dan ketam :(
kecewa punya pasal saya balun aiskrim tiga round .*habeslah
tapi azie memang terbaik.boleh jadi princess crab.
bendahara dan temenggung beliau :fara izrin dan epit.

hari nih saya buat hari shopping spree sdn.bhd.
pagi ,dalam purse saya ada ribu-ribu
malam ada ratus ja.ahaks.tapi rupees ye.
tak perlulah dinyatakan jumlahnya di sini.

esok malam ada game futsal pulak.adoi.nak sakit apa pulak lepas nih.
assignment ,lukisan anat tengah menimbun.
tak start buat lagi.
come on !
azam dan semangat tuh penting ye kawan2.

p/s=jangan asyik tengok tv.

Wednesday, March 31, 2010

terima kasih

pagi ini saya kurang ceria.
tengah hari saya kecewa dengan diri sendiri sebab tak fokus dalam kelas anatomy.
petang saya makin tambah sedih.
saya baca al-quran .
saya buka muka surat yang sepatutnya saya baca hari ini.
air mata saya berlinangan.

"Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu,maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia .Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu ,maka tidak ada yang dapat menolak karunia-Nya.Dia memberikan kebaikan kepada siapa saja yang dia kehendaki di antara hamba-hambaNya.Dia Maha Pengampun ,Maha Penyayang"
surah Yunus ayat 107

itu ayat pertama .

Terima Kasih Allah.

Tuesday, March 30, 2010

masalah dunia

dunia saya ja.hahaha
dari aku tingkatan 4 sampailah sekarang ....aku sangat berazam unutk tidak tidur balik lepas subuh.tapi duk macam tu jugak.seminggu berjaya lepas tuh jadi balik.haish.
tak baik tidur balik lepas subuh nih sebab Rasulallah s.a.w nabi kita yang tercinta pernah berdoa
"Ya Allah ,berkatilah umatku di waktu pagi"
confirm doa tuh makbul punya.
jadi waktu pagi lepas subuh memang berkat.
(hah,baru ingat hari kena puji tuh saya x tidur balik lepas subuh :D )
tapi susah betul nak maintain ,akibatnya macam pagi tadi.tengah mengiron baju ..
*pap elektrik takde .haish.kan padan muka .dah rezeki takde .
sesapa ada tips nak mengubati masalah nih?

p/s=ngantuknya~
kalau terlebih makan sikit je mesti ngantuk.after this don't ever ever makan lebih lagi ok !

Saturday, March 27, 2010

main volleyball

seperti yang telah diberitakan ,maka hari ini saya mencatat sejarah dengan main volleyball yang bolanya pun saya tak pernah sentuh selama nih hahahaha
tangan?
adoi,woooo~

saya baru balik dari birthday Murni.Happy birthday murni!!
murni,bertuah sungguh anda.kawan-kawan baik anda bersusah-payah masak segala macam bagi kitaorg makan.sedap pulak tuh.arigato :D

minggu depan main futsal pulak.karnival sukan la katakan.
waktu sembang2 pasal bola dengan kawan-kawan saya waktu makan kat rooftop tadi ,maka telah terkeluarlah dari mulut saya
"ingatkan belajar susah tapi kejar bola lagi susah"
saya ni kan ----
maka semua orang pun woooooo
adesh
"aton memang.strike bola volley tadi pun macam 4flet"
kata-kata itu doa.terima kasih kawan-kawan.
tapi ayat-ayat macam tulah menakutkan aku.
lagi sekali semua orang menaruh harapan yang tinggi atas bahu aku.
imej aku punya baik bila mana aku ponteng tuto buat pertama kalinya pun semua orang tak percaya dan marah .....huhuhu
(si rafi ponteng berjuta-juta kali tak ada orang leter pulak.tak aci!!)
aku hargai perhatian yang semua orang bagi.
perhatian yang bukan semua orang boleh dapat.

__Allah s.w.t berfirman ,barangsiapa bersyukur maka Allah akan tambah nikmat kesyukuran tersebut.__

yeay....bestlah Allah.

cuma aku masih fikir bagaimana nak menghadapi hari mendung kelak(harap2 takdelah huhu)
sebab hidup nih macam roda .sekejap di atas sekejap di bawah.
tak apa ,Allah kan ada :D

tapi bila difikir-fikirkan balik pasal bola tuh,analogy sama macam bola.
aku tak reti main sebab aku jarang main dan berlatih.
cuba kalau aku selalu praktis ,mesti terrer.
jadi maknanya kalau kita selalu ulangkaji mestilah boleh jadi pandai kan?

oh...maka saya teringat assignment biochem saya .
selamat ceria-ceria selalu.

p/s : jawapan kuiz saya yang lepas
buat kotak empat segi.pastu letak tiga garis lurus panjang ke pendek ke kat dalam
tuh.hahaha

Friday, March 26, 2010

kisah pujian

"come here for a while"..dr.suresh
'yes sir'
"you were born and brought up in Malaysia?"
'yesss...'
"did you go to any special school?"
'i would not say its a special school but...'
"what's your father's job?"
'he's an ex army'
"look ...i see that you are a very good student.you are very different from the others.how ..i mean is there any ** x igt dia ckp apa......?"
'well i have many siblings.eleven.maybe i grew up independent because of that'
'maybe it's also part of my father's discipline'
"you probably has gone up to many army areas"
'not really beacause when i was born my father has already retired'
kemudian aku x tahu apa pasal la aku pergi merepek......
when i was in childhood my father did not allow me to watch the tv much.the tv is controlled by my father..(apa pasal la aku nih....haish...)
"but then you are very good .the way you talked is different.you writing is also nicely structured"
'thank you for the compliment sir'

saya ingatkan saya gembira mendapat pujian tersebut.
tapi entahlah kenapa
aku keluar dari kelas dengan badan yang terketar-ketar.
pujian dari dr.suresh membuatkan aku gemuruh,seram sejuk ,takut dan stress.
sepanjang atas bas on the way nak balik rumah,aku hanya mampu beristighfar untuk tenangkan diri yang ketakutan hingga terketar-ketar.

mungkin aku terasa dr.suresh telah meletakkan harapan yang tinggi dekat aku.

~~~~~~~~

kejayaan susah untuk dicapai
tapi untuk mengekalkan kejayaan adalah lebih susah

Ya Allah,permudahkanlah urusanku dan berkatilah hidupku di dunia dan akhirat.

Wednesday, March 24, 2010

sepetang bersama aiskrim coklat

tajuk di atas tiada maksud tersirat.ya,post ini ditulis ketika saya tengah makan aiskrim.haish ratio saya makan aiskrim dengan exercise jauh sungguh hahaha
tak mengapa sebab sabtu nih presiden batch saya yang rajin tuh menganjurkan karnival sukan.bagus2.otak yang cerdas datang dari badan yang sihat .
sungguh berwawasan beliau.

assignment dah mula mengetuk pintu.tuto pun dah banyak.
jadi tunggu apa lagi?
pergi buat kerja.

saya nak balik Malaysia bulan 5 .
Yahoo!

salam perantauan.haha

Sunday, March 21, 2010

pengajaran hari ini.

alkisahnya sebelum exam 2nd IA yg lepas lecturer biochemistry tersayang bagi lecture bab fatty acid and cholesterol synthesis.tapi disebabkan bab tuh x masuk exam maka saya dan rakan-rakan sekelas buat selamba belajar benda lain kononnya untuk 2nd IA tersebut.
lepas exam,nak tak nak kenalah jugak belajar bab yang tertinggal arituh kan?saya pun dgn bersemangatnya bukak buku and nota kawan saya yang rajin menyalin lect hari tuh..oh my! banyaknya!!!!!
padan muka kamu hahaha
adoi ..minta maaf mdm Sarah..
lepas nih saya x nak main2 dah waktu lecture
mulai esok saya dah nak belajar rajen2
gambatte kundasai!


saya ada kuiz hari ini.
Q: draw a square with three line.
jawapan nanti saya bagi bila next post :D

Friday, March 19, 2010

terkadang aku terfikir sendirian_

apa telah terjadi dengan diriku ini
masa semakin bergerak pantas
tapi aku masih di sini
masih di takuk yang lama
masih punya pemikiran yang entah bila dapat menafsir dengan bijaksana antara hak dan batil

kubiarkan diri ini hanyut dibawa arus dunia
kubiarkan hatiku yang satu itu terbiar tanpa haluan yang sewajarnya

tika yang lain berusaha mengejar cahaya hati
aku biarkan saja diriku ini jauh ditinggalkan di belakang
tanpa kusedari sebahagian diri aku ini telah berubah menjadi apa yang ayahku takuti
"jangan terjerat dalam perangkap dunia"katanya

kala ini ada yang mengungkap aku ini pentingkan diri
aku tidak tahu
tapi aku hanya mampu memohon sebuah kemaafan

kasih dan cinta orang yang beriman tumpah kepada Allah dan Rasul
kasih dan cintaku?

masa dan waktuku,adakah aku gunakan dengan sebaik-baiknya?

To realize the value of ONE MONTH,

Ask a mother who gave birth to a premature baby.

To realize the value of ONE WEEK,

Ask an editor of a weekly magazine.

To realize the value of ONE DAY,

Ask a daily wage laborer who has six kids to feed.

To realize the value of ONE HOUR,

Ask the lovers who are waiting to meet.

To realize the value of ONE MINUTE,

Ask a person who missed his or her train.

To realize the value of ONE SECOND,

Ask the person who survived an accident.

To realize the value of ONE MILLISECOND,

Ask the person who won a silver medal in the Olympics.

AND

To realize the value of this precious LIFE,

Ask the person who is now six feet under!

by Stephen R covey and Uztaz Hasrizal

Thursday, March 18, 2010

rajin.....di mana kau?

seminggu lepas exam ...ish2.kemalasan menjadi-jadi.tapi for a while after exam i thought of giving myself a chance..ok minggu ni je foya2 .lepas nih a big NO.sebab saya rasa belakangan ini saya serius sangat dengan hidup .saya nak juga ketawa macam orang lain ketawa.saya terasa macam nak buat apa yang saya teringin nak buat.

semuanya sebab ada kejadian yang berlaku yang menyebabkan saya terfikir ..agak2nya apakah kejadian yang kita rasa paling teruk boleh berlaku dekat kita?contohnya macam kita sakit dan tahu kita akan mati.

having that kind of feeling ...kita akan terasa kita nak buat semua benda yang kita nak buat sementara kita sempat.iman kita yang lemah ini lebih sukakan dunia yang sementara dan fana ini.kita takut nak tinggalakan semua benda .

Tapi bila difikirkan balik,Allah will always be there .Dia takkan takdirkan sesuatu tanpa sebab kan?

p/s _result saya Alhamdulillah ok.tapi agak turun satu dan 2 markah..haha.nampaknya perlu usaha lebih sikit.

agak serius post saya kali ini.takpe..layan~

Saturday, March 13, 2010

sashiburi !....long time no see

i don't exactly remember when was the last time i wrote something here.thanks to the system.it does remember when.haha.it's almost 4 months.

byk perkara telah berlalu .cuma keluangan masa itu tiada.maaf ya kak riza.i don't even post anything on my kerala trip(oh now i remember those hard days of travelling :P)

my first IA .Alhamdulillah.terima kasih Allah kerana murahkan rezeki buat daku hambamu yang lalai ini.teringat pula Abah yg sering pesan supaya selalu zikir .baik abah! lepas ni noin rajinkan diri lg untuk zikir :D

my 2nd IA.still tgh dievaluate .doakanlah saya ye~

btw... i can't wait of my holiday coming back to Malaysia.Oh tanah airku!oh familiaku !
somehow ,saya rasa saya agk takut bagaimanakah perasaan saya untuk depart balik ke india.woooo~~~tapi saya mesti tabah .

ayuh !perjuangan harus diteruskan.( even sekarang baru lepas exam)