Friday, April 30, 2010

Pagi

kepada saudara Naufal yg dihormati,

anda tanya saya bagaimana tak nak tidur balik lepas subuh :D
sebenarnya saya pun tak ada sebarang jawapan untuk anda kerana jawapan tersebut ada pada diri anda sendiri.hahaha

nak tahu kenapa ?
sebab hanya anda sendiri sahaja yang tahu kemampuan dan kehendak diri sendiri.bukan kawan anda ,adik,abang etc.
cuma apa yang anda perlukan semangat dan azam yg tinggi.semua orang ada bahan bakar masing-masing tapi tak ramai yang ada pembakar apinya sekali.belajarlah mengenali diri sendiri dan cari pembakar semangat anda.

pilihan untuk berubah ada di tangan kita.

"Allah s.w.t takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri"

:: nak tidur balik ke tak?
:: nak beli kasut warna hijau ke merah ?
:: nak tolong kawan yang tgh ada masalah walaupun kita pun ada masalah ke tak?
:: nak baca buku ke nak on9?
:: nak pergi kelas ke tak?hhahaha

sometimes we may hesitate in making choices .if we make the wrong decision we regret it afterwards.but that is what life for.doing mistakes and learn from it.

belajar membuat pilihan sama seperti belajar mengenal erti kehidupan.
walaupun begitu, kadang-kadang kita tahu pilihan mana yang lebih baik tapi sengaja pilih yang tak berapa baik .contohnya study itu tentunya lebih baik daripada berfoya-foya dengan intrnet tapi tetap kita pilih on9 daripada study.masalah ini akar umbinya daripada sifat malas.ini bab lainlah pula.
still kita masih punya pilihan.cuma di tahap mana kita kuat untuk membuat pilihan :D
Ayuh ,berubah.

kita mungkin tak berjaya nak berubah sekelip mata.
but Rome was not built in a day.
Thomas Edison hanya berjaya mencipta mentol lampu setelah mencuba 999 kali.beliau bukan gagal sebanyak 999 kali tapi menjumpai 999 cara yang tidak sepatutnya beliau lakukan untuk untuk mencipta mentol.

keep trying.
well,it does not hurt you.

p/s= post ini dengan jayanya di tulis pada waktu pagi since saya tak tidur.Alhamdulillah.

Psgi sebenarnya sangat indah :D

Wednesday, April 28, 2010

Tekanan

Apakah mesej Allah di sebalik tekanan yang kita hadapi?

hidup penuh dengan tekanan.okay bercakap secara positif taklah penuh tapi hari2 paling sikit pun kita mesti punya fikiran yang berkecamuk .itulah inilah
tertekan sebab exam final dah nak dekat dan banyak benda perlu diulangkaji.
bacaan bab yg tgh belajar byk on the waiting list.
nak revise yg lepas2 lagilah berderet-deret.
minggu ni memang kepala saya sedikit runsing hinggakan nak beli kasut pun jadi masalah besar (itu gara2 pak cik kedai yg sgt rude.sumpah saya takkan beli kasut kat sini dah.balik Malaysia saya nak beli kasut byk2 siap-siap buat simpanan)


saya tengah cuba menjadikan hidup saya hari ini lebih baik dari semalam.saya gembira sekurang-kurangnya minggu ini saya tak tidur balik lepas subuh.Rasulallah s.w.t doa "berkatilah umatku di waktu pagi"
saya nak hidup saya diberkati.murah rezeki .insyaallah.
dulu saya tak ada tabiat buruk nih.tapi since masuk asrama pengaruh rakan sebaya punya pasal.nge~~~
saya insaf .huk huk..

saya harus segera menyiapkan tutorial anatomy.akhirnya dengan sedikit ketenangan.

{ sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang }

Thursday, April 22, 2010

My father

semalam hari lahir ayah saya.He is so happy to receive my call.
"kalau noin ada kat rumah mesti buat kek.orang lain siapa pun tak ingat,hah tapi kak riza kata dia nak buat kek esok"
dalam keluarga saya menyambut hari lahir bukanlah satu budaya.saya yang membudayakannya.kalau saya ada di rumah memang saya buatkan kek untuk abah.
tahun nih abah saya dah bertambah umur .
"siapa cakap abah tua ?muda lagi ni hah "
abah dah 63 tahun.tapi abah sentiasa ceria .
saya selalu takut abah akan pergi meniggalkan saya .tapi sebelum saya terbang jauh datang sini abah pesan kat saya
"kalau abah mati jangan teriak.jangan duk kalut2 nak balik.nanti kat akhirat boleh jumpa balik.toksah sedih2.pastu nanti abah boleh panggil noin oo noin"

abah ,masih lagi bisa berbuat gurau.

sudah 20 tahun abah besarkan saya.
abah azankan di telinga saya masa saya dilahirkan.
abah kerja kuat untuk cari rezeki .nak besarkan kakak,abang,saya dan adik2 sampai abah pernah accident .tulang tibia abah retak.doktor letak besi dalam kaki abah untuk sokongan.waktu itu aku masih hingusan.
"mak ,kenapa abah pakai tongkat?"
kadang2 aku teman mak pergi hospital.
di rumah abah terbaring berbulan2 sebelum sihat.

dulu mak kata abah garang.tapi bila lahir saya dan adik2 abah dah tak berapa garang.abang dan kakak saya selalu tak puas hati sebab saya dan adik2 jarang kena marah.tapi kadang2 abah marah juga dengan saya .
sebab kalau abah suruh saya buat kerja saya selalu nak lari dan buat muka masam.
abah sangat berdisiplin kat rumah.
abah marah kalau saya tidur pagi.abah suruh sapu sampah.
abah marah kalau saya selalu tengok tv.abah suruh baca buku.
abah marah kalau saya beli keropok.sebab abah kata nanti tuh benda merapu.membazir duit.
saya marahkan abah saya .tapi
waktu saya menangis kena buli dengan abang dan kakak saya,abah selalu pujuk saya.
abah tak pernah tak datang tengok saya naik pentas ambil hadiah.
kalau saya tertinggal bekal makanan waktu rehat abah hantarkan.
abah selalu tahu apa yang terbaik untuk saya.kalau orang lain rapat dengan mak mereka saya rapat dengan abah saya.
kadang2 saya even rasa abah boleh dengar saya pikir apa.
abah memang cakap exactly seperti yang saya fikir.

abah saya bukan orang kaya.abah saya tak dapat nk beri kehidupan yang mewah.
tapi abah bagai didikan yang sempurna.abah didik saya dengan agama,dengan disiplin.
saya bersyukur Allah bagi abah sebagai seorang ayah kepada saya.juga mak yang mengandungkan saya ,melahirkan saya dengan susah payah ,menyusukan saya dan membesarkan saya sampai sekarang :D
kalau bukan sebab mereka,saya tak tahu siapa saya pada hari ini.

Happy birthday abah.


"Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil"
Ameen.

Monday, April 19, 2010

@-@

my head goes pening2 already bila dah banyak sangat lukis .colour .label.anatomy.

and my hand is in pain too.ouch.tangan cepatlah sembuh.dah lama aku tunggu.

luka jatuh main basket still dalam process recovery.i expect full recovery in at least one week tapi maybe i'm lack of vitamin c or collagen or protein or mungkin luka tuh yang besar sangat.

luka kat kaki seminggu pun belum tentu sembuh.luka di hati ?
cis,bait2 puisi telah memunculkan diri
makanya harus saya berundur menyiapkan saki baki lukisan saya itu.

Friday, April 16, 2010

To day

semalam saya sangat stress prepare mcq.
even in the morning it does not fly away.

but then semasa nak lunch(which is capathi..since i'm in india ~)saya terasa sangat nak melarikan diri dari buku.well then saya tinggalkan buku2 saya kat library ,take my money and lalalala~ jalan ala2 gaya shopping dengan happynya (sekadar parabola ye sebab saya on the way nak pergi cafe hospital je).

saya bayangkan oh indahnya hidup ini.you can breathe in the air.
saya teringatkan mak ayah saya.oh saya rindu mereka.
saya rasa nak makan aiskrim.oh sedapnya.
mcq? tawakal .lalala :D

the power of imagination.

lepas tuh entah dari mana datang semangat .berkobar2 nak jawab mcq haha
walaupun waktu jawab rasa macam susah alhamdulillah .
Allah bantu saya .
Terima kasih Allah.

Saturday, April 10, 2010

The two story

cerita pertama

hanya sebagai rekod terhadap apa yang saya dengar semalam.sementara saya masih ingat.
we are bound to forget don't we?
saya cuma ingin sekali berkongsi dan membuat catatan terhadap tazkirah yang saya dengar semlam daripada saudara tuan mohd ridhwan(or due')-minta maaflahlah kalau silap eja nama beliau ye....

::kitaran bodoh
tanpa kita sedari ramai di antara kita telah termasuk dalam kitaran bodoh .apa yang dikatakan kitaran bodoh ini?

Kes 1.
J( bukan nama sebenar) seorang yang berjaya .setiap hari dia bangun pagi pergi kerja malam balik tidur esok pergi kerja balik.dia kerja kuat2 sebab dia nak simpan duit beli kereta agar dia senang pergi kerja.bila dah dapat kereta dia bercita-cita nak beli rumah besar2 supaya nanti dia dapat rehat dengan selesa dan pergi kerja dengan baik.lepas dah beli rumah dia kerja kuat lagi sebab dia nak simpan duit nanti dah pencen duit banyak.senang.dia kerja,kerja dan kerja.

Kes 2.
pak m seorang nelayan.tangkapan dia cukup sekadar untuk sedikit wang jualan dan juadah untuk keluarga dia.dia keluar ke laut 3 jam sehari.lepas pulang dia gembira kerana dapat menghabiskan masa untuk keluarga dan melihat anak2nya bermain.suatu hari pak b memberi cadangan supaya mereka ke laut lebih lama agar dapat tangkapan yang lebih.kemudian duit yang lebih.lepas itu boleh beli bot baru .dapat pergi lebih jauh dan boleh dapat banyak ikan dan duit lagi.bila duit dah makin banyak boleh upah orang dan dapat bersenang lenang di rumah.tapi pak m tak mahu .katanya buat apa nak korbankan kebahagiaan yang dia ada untuk kejar kebahagiaan dan keselesaan yang belum tentu dia dapat

kes 3
seorang ayah seperti kes 1 mewariskan atau berpesan kepada anaknya supaya melakukan hal yang sama.

ada 3 jenis kitaran bodoh seperti yang di atas.
pertama=seperti encik J yang hidupnya hanya untuk kerja
kedua =seperti pak m yang cepat berpuas hati dengan kesenangan yang ada dan pak b yang terlampau berangan besar tapi tak membawa sebarang sumbangan kepada masyarakat .
ketiga=orang yang mewariskan kitaran bodoh kepada orang lain.

fikir2 lah di mana kita dan selamatkanlah diri dari kitaran bodoh ini.
renung2kan kembali untuk apa kehidupan kita ini :D


ok..................................................................



cerita kedua
hari nih saya main basketball.dah lama benar rasanya x main.rasa macam malas pun ada .tapi disebabkan betapa semangatnya ahli2 group saya,saya terfikir sekurang-kurangnya kalau saya malas untuk main ,mainlah untuk kawan2 saya yang lain.
saya berbangga saya dapat berbuat sedemikian rupa hahaha.

you are all my first sports team nabby,murni,didie,nada,jo,nabilah huda :)
and i am very happy enough to play with all of you guys.
congratulations semua untuk volley,futsal,basket !!!

seingat saya, saya main sukan2 yang berteam nih masa dekat tadika.bawak bola ping pong dalam sudu .oh dan juga main puppet.saya jadi arnab.lepas tuh seingat saya saya tak pernah nak masuk2 match basket.ada je excuse yang saya berjaya buat.waktu lepas upsr dulu saya ckp saya x nak main sebab saya nak baca novel,nak belajar main alat apa entah x ingat nama,puasa,x sihat,tolong cikgu haha.

waktu kat lower form saya masuk pbsm (kononnya).jadi x payah main
upper form ,saya ponteng practice sebab saya tak suka nak panjat tangga bukit yang kalau start dgn kaki kanan ,kita keep guna kaki kanan untuk each step.jadi saya berjaya untuk tak dipilih.
saya pun tak tahu kenapa saya selalu avoid.
i'm not doing it purposely tapi outline yang saya buat memang sangat kebetulan.
agaknya saya tak berapa reti main and takut kalah kowt...haha
tapi rupanya bukan saya tak reti main sangat(tima kasih pak syed-cikgu pj yang ajar saya main basket).
alasan je suma tuh.hahaha....

and saya terluka dekat lutut masa main tadi .terkenang pula masa kecik 2 dulu kita semua selalu jatuh and luka dekat lutut kan?.lepas tuh mak marah2 sebab sambil letak ubat.kita pula terjerit2 "mak,sakit..sakit"
oh rindunya ....


p/s=peringatan mcq hari jumaat nih.

Wednesday, April 7, 2010

jawapan kepada persoalan

sesiapa yang ingin memahami persoalan yang saya timbulkan,sila klik di sini
semoga kita sama-sama memahami erti kehidupan :D

http://muhammadqyairilanwarchezainol.blogspot.com
plate 35

Azam

ini cerita berkenaan keazaman bukan berkenaan sesiapa yang bernama Azam :P

dean uni saya ,datuk ghani hari ini datang memberi amaran supaya tidak proxy-memproxy kehadiran masing2.huhuhu
ada sesiapa yang tak tahu proxy itu apa?
oh,meniru tandatangan orang lain dan mengisi kehadiran .
kerana nila setitik rosak susu sebelanga.habis semua orang kena marah.
wooo~
tapi rosaknya susu tersebut memberi peringatan kepada saya supaya tidak melakukan perkara yang sama iaitu ponteng-memonteng.

selanjutnya giliran Dr.sudha,associate dean.saya tidak kisah pada mulanya sebab saya belum pernah berkecimpung dalam aktiviti proxy ini tapi ayat beliau yang satu ini memang memberi stimulasi kepada prefrontal lobe cerebrum saya.

"you must remember,you are in a professional course.you really need to keep a good attitude.since you still have time to do extracurricular activity,i don't think you are tired and stressful enough to skip classes.you must study hard .aim for good result.if not it will affect your job prospective.no one was going to hire a doctor who got c-"

jadi ,kiranya tak ada pilihan lain. macam mana sekali pun kita kena berusaha untuk dapat result yang bagus .tapi rezeki masih di tangan Allah s.w.t.Tawakal.

oh,saudara Q.A,berhubung post di blog anda,anggaplah saya komen dari sini .hahaha
kadang2 saya terfikir kenapa profession doktor ini seolah-olah tidak memberi peluang untuk menikmati kehidupan .(menikmati kehidupan tu bagaimana ya ?)all we did is study and study.macam tak ada pilihan.sedangkan in the future we are the one yang tolong orang.Orang yang menolong orang pun tak tertolong diri sendiri.tapi rasanya itulah pengorbanan kan .ganjaran pahala pasti menanti kelak.Insyaallah.

quoting dr.puthuraya "to lead a happy life,have more contentment instead of desire"

oh ,azam saya .dah tertunai.hari ini saya balik rumah dengan tangan tertulis
-go home and throw away your movie-
dan berjaya.
tapi encik tv tak dapat dimusnahkan.hmmm buat2 tak nampaklah.kalau dah boring gila baru cari.
langkah mengcegah langha.

selamat belajar:D

Monday, April 5, 2010

Yang digelar student

semalam haru biru saya siapkan assignment anatomy.ingatkan kena hantar 16 april tapi 6 april.itulah entah berangan apa entah waktu tengok notice board.saya dengan selambanya buat assignment physio which kena antar later.adui.
tapi baiknya sekarang taklah kalut sangat nak siapkan physio.

lukisan anatomy ada 15 diagram yg penuh dengan urat saraf.(kelakarlah pulak sebab guna nih,selalu nerve je memanjang hahahaha......)
dah nama pun head n neck .redha je la.

minggu depan MCQ!!
dah lama x berexam.asyik lagha dengan movie ,tv,makan2,jalan2 etc.
saya mmg kena bermusuh dengan tv mulai sekarang.
lecture follow tapi balik x revise .satu lg masalah yg berpunca daripada lagha .
nak exam minggu depan kan dah kena baca banyak.
huish..Alhamdulillah insaf sekarang.
sempat lagi nak catch up nih kalau x buang masa .insyaallah.

bertambah banyak ilmu yang kita dapat ,bertambahlah juga kejahilan kita.saya tak ingat siapa yang cakap (Imam Syafie?Ghazali ?),tapi lebih kurang macam nilah apa yang saya rasa sekarang.
rasa macam tak tahu semua benda pun ada.huhuhu.
takpe,berusaha tuntut ilmu :D



p/s=saya terlupa nak telefon rumah huhu weekend lepas.rasa macam lamaaaaaaa gila.
abah angkat pun "lama x dengar cerita?exam ka?"
waaaaaaaaa
mintak ampun abah.
lepas nih kalau boleh hari2 saya telefon :D

Friday, April 2, 2010

negara bbq

saya pergi makan dekat bbq nation.
dah ter ter ter lebih sangat makan
ini semua angkara syakirah...hahaha
ayam bbq,udang,ketam semua ada .mari2
tapi malangnya saya tak boleh makan udang dan ketam :(
kecewa punya pasal saya balun aiskrim tiga round .*habeslah
tapi azie memang terbaik.boleh jadi princess crab.
bendahara dan temenggung beliau :fara izrin dan epit.

hari nih saya buat hari shopping spree sdn.bhd.
pagi ,dalam purse saya ada ribu-ribu
malam ada ratus ja.ahaks.tapi rupees ye.
tak perlulah dinyatakan jumlahnya di sini.

esok malam ada game futsal pulak.adoi.nak sakit apa pulak lepas nih.
assignment ,lukisan anat tengah menimbun.
tak start buat lagi.
come on !
azam dan semangat tuh penting ye kawan2.

p/s=jangan asyik tengok tv.