Tuesday, September 28, 2010

A is for Allah

jagalah sembahyang elok-elok.
sebab dunia sekarang ni semua orang duk pikir nak kejar dunia - abah

Saturday, September 4, 2010

Ramadhan 2010

sudah hampir dua minggu aku di rumah.
melalui setiap hari dengan sedikit kurang disiplin.

bila tiba petang sibuk tolong mak dkt dapur .siapkan masakan berbuka dan tolong abah siapkan juadah berbuka di masjid.abah memang tak berapa sihat tapi cukup semangat nak buat kenduri dekat masjid.setiap hari.aku lihat betapa abah sanggup bersusah payah buat itu dan ini.Abah mengajar aku erti berkorban demi orang lain.

tarawikh tahun ini aku tidak ke masjid.abangku yang baru tamat 8 tahun pengajian tahfiznya menjadi imam di rumah.tapi aku ini malas melampau nak jemaah .memang nak ketuk je kepala sendiri.sebab kadang2 perangai tak baik aku ni muncul. memang dah kena marah dah tapi aku ini degil.aku ini memang memalukan.

hal yang sedemikian rupa buat aku terfikir.aku ini sudah 20 tahun.sudah 20 kali aku bertemu ramadhan.ok tolak belum mumaiyyiz (-7) 13 kali.

agak2 selain daripada kita pergi tarawikh apa ertinya Ramadhan?
apakah bezanya bulan ini dalam hidup kita berbanding bulan2 lain.Iya ,bulan ramadhan bulan berkat,tapi apa yang telah kita lakukan sepanjang 13 kali kita bertemu ramadhan.

pejam celik pejam celik kita sudah hampir ke penghujung ramadhan tahun ini.tapi entah berapa banyak amalan kita .sembahyang tahajud?khatam al-quran?lailatul qadar?

Ya Allah ,berikan aku kefahaman agama .agar aku bisa berkobar-kobar melakukan dan mengejar ini semua .mengejar rahmat dan kasihmu Ya Tuhan.