Sunday, April 3, 2011

Again?

pernah tak anda rasa anda buang masa tgk tv byk sgt buat itu ini etc . lepas tu anda menyesal dan berazam untuk jadi rajin keesokkan harinya ...atau hujung minggu seterusnya.

tapi bila hari yang ditunggu tiba ,buang masa lagi lepas tu berazam lagi untuk hari seterusnya.

bilakah nak jadi org yg tak buang masa ? -.-'

kalau waktu lapang boleh la suka-suki itu ini tp 2nd IA dah tinggal lagi kurang 2 minggu cik kak oiii.

tapi ada ketikanya rasa bila da baca byk2 dan byk2(kononnya),terasa mcm sakit kepala.


maka teringatlah kata2 dr.ramesh prof pharmacology.kalau otak kita keep on constantly too much anxious and tua2 nnt it will degenerate faster and later...parkinson?
nauzubillah min zalik

saya risau juga sbb saya selalu overthinking.nk buat apa pun semua pun pikir dulu.kalau ada something saya rasa buat tak betul saya akan pikir lagi dan menyesal.it's such a bad habit.

i shall learn to take things more lightly.even now pun tgh praktis petua dr.fadzilah kamsah macam mana nak jadi org yg ceria.hahahaha

tp ia adalah sgt bahaya bila anda terlalu ambil mudah dgn keadaan sekeliling.anda rasa selesa dan mula lupa untuk fokus.mcm saya hari ini yg bangun lambat ,study seciput menghadap laptop berjam-jam.

dari satu sudut,saya agak gembira sbb bukan selalu rasa gembira,tenang dan bahagia relax je.

tapi kena ingat kalau nak senang kemudian kena bersusah sekarang.adush~~

saya nak balik bercuti dengan gembira lepas exam nnt.tak nak risau .jadi ,kamon!!!

walaupun rasa susah mulai hari ini,kena fokus.
tapi portion exam banyak,,,,,,,, :(
macam mana ni???nnt stress lagi. dah la kepala saya ni dah mudah sakit kepala belakangan ni.

takpa2.positif ! baca dulu .stress??
don't worry dear :)))
Allah kan ada
moga Allah jadikan saya org yg memanfaatkan waktu sebaiknya , dapat mengulangkaji dengan tenang dan jawab exam dengan cemerlang.

honestly,i want to do well in my exam and have a happy,less stressful life.both.but those point of equlibrium-i'm still looking for it.

>>>> tp dr. fadzillah kamsah kata it's ok.we don't have to win everytime.
dan sebenarnya kelak kita punya kehidupan yang lebih abadi.dunia ini hanya sementara kan?

Saturday, March 5, 2011

it's the thought that count

weeho.sebenarnya saya nk cita hadiah birthday saya tahun ni.meriah sungguh.sebab apa?mahal2 belaka
meh saya listkan terus senang cerita

miss shark = beg REEBOK untuk ke sekolah

incik hairil = tabung untuk tabungan masa depan

miss A.Saryati = biskut nyum2.bekas dia lawa oo.

incik Ah chan = teddy bear kiut miut

miss A'in = gila ni.purse LEATHER.hua2

miss rohaya = bantal bentuk love gitu.mmg melekatlah dkt kerusi saya tu.haha

miss kemeks n associate = pouch holi.beliau kata itu tanda one step towards feminisme .hihihi.mcm wanita2 pula(aiyo,lupa pulak umur 21)

miss Siti n Atika = frame tangkap nangis

miss Liza = mug saiz err x tau la besar sgt.it says a cup full of love

miss Izzati = adik beradik mug.pink!

miss Zanita = ferrero roche.sila sebut 'sher'nye dgt betul ya.haha.duk mengidam nk
sgt ambik kau.sampai x larat nk mkn.oh,beliau sama birthday dgn saya :D

miss Ateeq= apa ye org panggil yg pasir turun2 tu dlm kaca.time sand ke?ha..mcm tu la tp versi moden sikit .liquid dgn oil .

miss deebah = hadiah sweet sgt .boleh kata jiwang habes.

incik A.zahari = dia bg saya coklat snickers.nyum2

miss donna = sweater pink ADIDAS ok!

.....................................................................................

dan semua yg mengwish saya.Arigato!(eh dan juga yg masak-memasak hari tu )

terima kasih daun keladi.

p/s =artikel ni hampir sebulan lepas birthday baru dipost.nak buat camna,skarang pun org bg hadiah lg.hehehe..

Sunday, February 27, 2011

how do you feel today




oh.sememangnya aku tak ketahuan.weekend : jumaat-jalan2(accepted).sabtu-study 2 jam depan laptop berjam-jam(tak dpt dimaafkan).ahad-insaf.bukak buku.pandang laptop sebelah mata sampai petang baru bukak.weeho.
*tp sbnrnya minggu2 lepas pun byk terbuanng masa

mulai hari ni saya nk blaja rajin2.i want to be the best doctor .
tak nak malas2.harap2 semangat saya ni maintain memanjang

-hmm saya nk sembang byk2 sikit dgn org.sembg yg berfaedah ye.sbb dua tiga menjak ni rasa mcm -kesunyian?-<<<
ok.hari2 saya nk telefon rumah la macm ni.walaupun sebenarnya kalau dah telefon hari2 xde modal nk ckp apa kt telefon ^.^

sebenarnya kepala saya selalu serabut sbb overthinking mcm gamar kt bwah ni
*walaupun gambar ni gambar cantek punya daripada national geographic



jadi saya harus maintain positive
think about good things

Friday, February 18, 2011

titipan khas buat teman

dikeheningan malam ,aku berjalan pantas menuju pulang ke rumah setelah agak menyedari agak kelewatan setelah pulang dari rumah salah seorang sahabat.
kubuka pintu rumah lantas terus menuju ke tempat meja belajar.
aku terkejut.ada bungkusan biru di atas meja.
lantas aku mencapainya dan terus membukanya dengan perasaan berdebar-debar tanpa mengetahui siapa yang memberinya kerana tiada nama ditulis di situ.

saat ia dibuka ,aku terkesima .

...............................

aku sudah mula sebak.air mata hampir mencurah turun di pipi.kubaca kad yang disisipkan.aku menangis teresak-esak.

ia hanya sebuah bingkai kayu yang mengandungi gambar kami bertiga sebagai housemate dan disebelahnya ada tulisan-tulisan yang ditujukan khas buat sahabat.

ya,ia biasa.tapi bagiku ia diterima daripada insan yang amat luar biasa.
kepada sahabatku ,aku tidak layak mendapat kamu sebagai teman.aku sedar seringkali kata-kata yang kurang berlapik terlepas saja dari mulutku ini.apatah lagi dengan sikap kurang toleransi yang aku ada.

aku seolah-olah mendapat teguran daripada Tuhan yang Maha Esa atas sikapku ini.tata tertib aku sebagai seorang kawan yang sememangnya tidak boleh dibanggakan dibalas dengan kasih sayang .sungguh.aku terharu.

sikapku ini mungkin secara tidak langsung lahir daripada sikapku yang suka berkelahi dengan adik perempuanku.kakak yang aku ada semuanya terlampau jauh jarak umur.haha mungkin pendek kata aku tiada langsung pengalaman sisterhood .*kesian juga adikku yang sentiasa dibuli.minta maaf ya adikku perempuan yang seorang itu.

saya tak mengharapkan kawan saya bersusah payah untuk saya.gambar yang diletakkan mmg sudah cukup menghibakan saya.terima kasih kerana bersusah payah mencetaknya :D
ia hanya sebuah gambar raya kami bertiga pada tahun lepas.

saya minta maaf kerana tidak menjadi sahabat yang baik untuk anda berdua.
juga,minta maaf atas segala kesilapan, tutur kata saya selama ini.

hal ini mungkin peribadi antara kita bertiga tapi saya mahu seisi dunia tahu bahawa anda sahabat yang hebat.

terima kasih teman :)

Tuesday, January 18, 2011

wahai insan yg punya hati yg bersedih




kesedihan hati adalah penyakit berbahaya bagi jiwa

"Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari raasa kecemasan dan kesedihan"

jgn bersedih kerana kita masih punya memiliki dua mata.ada org dkt dunia ni buta
kita masih punya telinga sedangkan ada org pekak langsung x dengar apa2
kita masih punya lidah dan bibir boleh berkata-kata.ada org bisu.tak boleh ckp.
kita masih punya tgn boleh menulis,gerakkan jari2.ada org tgnnya kudung.
kita masih punya dua kaki boleh jalan ke sana ke mari.tak tempang,tak perlu bertongkat ada org tak ada kaki .
kita masih punya keamanan,kedamaian dan kesihatan.

sedarlah dan hargailah nikmat yg Allah bg ni sementara ia masih ada.

senyumlah sesungguhnya bintang2 di langit juga tersenyum.

Sunday, January 2, 2011

mood: exam tapi...

=.='
kamon.rajenlah study~

esok exam .`'`'

dah baca.pastu baca lagi skali ,knp rasa mcm x baca lg.

saya ada buat salah dengan sapa2 saya minta ampun,minta maaf.

note:
bila ulangkaji pasal leukaemia saya teringat dulu saya ada kawan masa darjah 1.dia masuk hospital .kena leukaemia.x sangka pula dia ingt dkt saya dan tanya kenapa saya x pergi melawat dia.waktu tu mcm xde perasaan dan kesedaran lg .ooo.baru nk pergi melawat tengok2 Allah dah jemput dia .Al-fatihah buat sahabat yg dlm kenangan