Friday, February 18, 2011

titipan khas buat teman

dikeheningan malam ,aku berjalan pantas menuju pulang ke rumah setelah agak menyedari agak kelewatan setelah pulang dari rumah salah seorang sahabat.
kubuka pintu rumah lantas terus menuju ke tempat meja belajar.
aku terkejut.ada bungkusan biru di atas meja.
lantas aku mencapainya dan terus membukanya dengan perasaan berdebar-debar tanpa mengetahui siapa yang memberinya kerana tiada nama ditulis di situ.

saat ia dibuka ,aku terkesima .

...............................

aku sudah mula sebak.air mata hampir mencurah turun di pipi.kubaca kad yang disisipkan.aku menangis teresak-esak.

ia hanya sebuah bingkai kayu yang mengandungi gambar kami bertiga sebagai housemate dan disebelahnya ada tulisan-tulisan yang ditujukan khas buat sahabat.

ya,ia biasa.tapi bagiku ia diterima daripada insan yang amat luar biasa.
kepada sahabatku ,aku tidak layak mendapat kamu sebagai teman.aku sedar seringkali kata-kata yang kurang berlapik terlepas saja dari mulutku ini.apatah lagi dengan sikap kurang toleransi yang aku ada.

aku seolah-olah mendapat teguran daripada Tuhan yang Maha Esa atas sikapku ini.tata tertib aku sebagai seorang kawan yang sememangnya tidak boleh dibanggakan dibalas dengan kasih sayang .sungguh.aku terharu.

sikapku ini mungkin secara tidak langsung lahir daripada sikapku yang suka berkelahi dengan adik perempuanku.kakak yang aku ada semuanya terlampau jauh jarak umur.haha mungkin pendek kata aku tiada langsung pengalaman sisterhood .*kesian juga adikku yang sentiasa dibuli.minta maaf ya adikku perempuan yang seorang itu.

saya tak mengharapkan kawan saya bersusah payah untuk saya.gambar yang diletakkan mmg sudah cukup menghibakan saya.terima kasih kerana bersusah payah mencetaknya :D
ia hanya sebuah gambar raya kami bertiga pada tahun lepas.

saya minta maaf kerana tidak menjadi sahabat yang baik untuk anda berdua.
juga,minta maaf atas segala kesilapan, tutur kata saya selama ini.

hal ini mungkin peribadi antara kita bertiga tapi saya mahu seisi dunia tahu bahawa anda sahabat yang hebat.

terima kasih teman :)

No comments:

Post a Comment